Isnin, 6 Februari 2012

Latihan 2: Penulisan

Arahan: Tulis sebuah karangan tentang tajuk dibawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Soalan:

Andaikan bahawa kamu merupakan Setiausaha Kelab Komputer sekolah. Kamu diminta menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh persatuan.

Sediakan laporan tersebut selengkapnya.

Latihan 1: Pemahaman

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Enam. Mereka sentiasa berlumba-lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas dalam kelas.

Dalam Peperiksaan Percubaan UPSR tempoh hari, ketiga-tiganya mendapat 4A. Di dalam kelas mereka, John muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala Leong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100 peratus dalam Matematik. Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga–tiga muridnya yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu.

Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan. Mereka belajar bersama-sama, bermain bersama-sama dan jika timbul masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya secara muafakat.

Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang kampung juga sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka rajin menolong ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila berselisih dengan orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya menegur orang itu dengan ramah.

1. Perkataan 'berlumba-lumba' dalam petikan di atas bermaksud

A) berlawan

B) bersaing

C) beriringan

D) berkejar-kejaran

2. Antara berikut, manakah pernyataan yang salah?

A) Haikal mendapat markah penuh dalam Matematik.

B) John mendapat markah tertinggi dalam Bahasa Melayu.

C) Leong mendapat markah penuh dalam Bahasa Inggeris

D) Haikal, John dan Leong mendapat 4A dalam peperiksaan percubaan UPSR sekolah mereka.

3. Semua perkara di bawah dilakukan oleh tiga sahabat itu bersama -sama, kecuali

A) bermain

B) belajar

C) menolong ibu bapa

D) menyelesaikan masalah

4. Semua perkara di bawah dilakukan oleh tiga sahabat itu bersama -sama, kecuali

A) bermain

B) belajar

C) menolong ibu bapa

D) menyelesaikan masalah

5. Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan tersebut?

A) Bakal Pelajar Terbaik UPSR

B) Sikap Yang Harus Diteladani

C) ringan mulut

D) Pelajar Pintar Sentiasa Berlumba-lumba

Rabu, 24 Ogos 2011

anjakan di kelas biasa...uhuk2...

kalau ini ada lagi...dunia katenye x merdeka lagi...


maka sebentar tadi ada anjakan...
hidup baru...
telinga merakam lagu bruno mars...
sambil melayan kerenah 'bayi'...
oleh itu...
ini lah nikmat merdeka...

Hidup lama? Hidup baru yang gemilang...



terima kasih tuhan...untuk hari ini...
terima kasih kawan-kawan untuk blog ini...
terima kasih blog...kerana hidup kembali...
terima kasih...



keluarga saya di sini...


Rabu, 21 Julai 2010

Bayangan pembayang satu..

1. Antara kemahuan dan keperluan. Dua jam rasanya emas kehidupan ku bazirkan begitu sahaja demi sebuah keputusan yang maha mudah. Begitu lama ku impikan untuk ini akhirnya ku miliki jua, walaupun...entahlah. Aku mahu apa yang penjadi pengangan aku selama ini diterima orang. Namun aku tak tahu macam mana nak aku terangkan kepada mereka semua. Barangkali inilah jalan terbaik. Blog pertamaku...Bayangan Pembayang..