Selasa, 28 Februari 2012

Sohabat


kita ada kerana cinta.
cinta tuhan.
cinta manusia bernama ibu dan ayah.
jadi alasan apa yang boleh kita gunakan
untuk tidak mengekalkan cinta.
tiada.
maka semoga berkekalan.

Isnin, 6 Februari 2012

Latihan 5: Membina Ayat

Berdasarkan gambar di atas, bina lima ayat lengkap.

Latihan 4: Melengkapkan

Isikan tempat kosong ini dengan sepatah perkataan yang sesuai.

Pada suatu malam, sedang saya.......................... televisyen bersama keluarga, tiba-tiba....................... rumah kami diketuk. Saya melihat keluar menerusi corong pintu dan ternampak seorang pemuda sedang berdiri. Saya membuka.......................... pintu. Pemuda itu kelihatan agak gementar. Pemuda itu memberitahu saya bahawa dia telah........................... kemalangan jalan raya. Kaki......................... cedera. Bapa membantu orang itu manakala saya menelefon ambulans.

Latihan 3: Tatabahasa


Beri perkataan seerti atau seiras bagi perkataan yang bergaris bawah dalam tiap-tiap butiran berikut. Pilih jawapan yang betul.

1.Sultan Mahmud sedang beradu dengan lenanya.
(a)makan
(b)duduk
(c)membaca
(d)tidur

2.Almari usang itu diselaputi habuk.
(a)pasir
(b)kotor
(c)debu
(d)asap

3.Rumah bururk itu hampir roboh.
(a)jatuh
(b)condong
(c)rebah
(d)senget

4.Cik Munah pergi ke bandar dengan menaiki kereta.
(a)desa
(b)kota
(c)dusun
(d)kebun

5.Adik tersentak apabila terdengar guruh di langit.
(a)kilat
(b)awan
(c)ribut
(d)guntur

Latihan 2: Penulisan

Arahan: Tulis sebuah karangan tentang tajuk dibawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Soalan:

Andaikan bahawa kamu merupakan Setiausaha Kelab Komputer sekolah. Kamu diminta menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh persatuan.

Sediakan laporan tersebut selengkapnya.

Latihan 1: Pemahaman

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Enam. Mereka sentiasa berlumba-lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas dalam kelas.

Dalam Peperiksaan Percubaan UPSR tempoh hari, ketiga-tiganya mendapat 4A. Di dalam kelas mereka, John muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala Leong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100 peratus dalam Matematik. Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga–tiga muridnya yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu.

Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan. Mereka belajar bersama-sama, bermain bersama-sama dan jika timbul masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya secara muafakat.

Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang kampung juga sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka rajin menolong ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila berselisih dengan orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya menegur orang itu dengan ramah.

1. Perkataan 'berlumba-lumba' dalam petikan di atas bermaksud

A) berlawan

B) bersaing

C) beriringan

D) berkejar-kejaran

2. Antara berikut, manakah pernyataan yang salah?

A) Haikal mendapat markah penuh dalam Matematik.

B) John mendapat markah tertinggi dalam Bahasa Melayu.

C) Leong mendapat markah penuh dalam Bahasa Inggeris

D) Haikal, John dan Leong mendapat 4A dalam peperiksaan percubaan UPSR sekolah mereka.

3. Semua perkara di bawah dilakukan oleh tiga sahabat itu bersama -sama, kecuali

A) bermain

B) belajar

C) menolong ibu bapa

D) menyelesaikan masalah

4. Semua perkara di bawah dilakukan oleh tiga sahabat itu bersama -sama, kecuali

A) bermain

B) belajar

C) menolong ibu bapa

D) menyelesaikan masalah

5. Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan tersebut?

A) Bakal Pelajar Terbaik UPSR

B) Sikap Yang Harus Diteladani

C) ringan mulut

D) Pelajar Pintar Sentiasa Berlumba-lumba